JellyPages.com

Pages

Wednesday, March 16, 2011

~TIPS MEMIKAT LELAKI~

:.tiba2 terfikir nk post entri nie..tapi x tau la btul ke x..semua terletak pada orang yang mengalaminya~


~Cara2 buat lelaki tertarik~

1. Jadi Seorang Yang Berkeyakinan

Sifat yakin pada diri adalah komponen utama di dalam fasa ‘dating’ kerana ianya adalah kualiti yang bersifat ‘attractive’. Kualiti inilah yang boleh membuat lelaki cair kepada wanita dalam sekelip mata pada saat pertemuan pertama.

Sifat yakin pada diri amat penting untuk anda rasai sendiri (bukan buat-buat) kerana dengan berada di dalam keadaan yang yakin, anda akan tidak kelihatan terlalu ‘berusaha’ pada mata lelaki. Lelaki kebiasannya boleh mengesan wanita yang ‘desperate’ dari segi tingkah laku mereka dan kebiasaannya akan melakukan pelbagai cara untuk mengelak wanita seperti ini.

2. Bercakap Dengan Dia

Zaman lelaki suka wanita yang asyik duduk diam dan dengar kata lelaki sudah berakhir. Lelaki zaman sekarang suka wanita yang boleh diajak berbincang dan teman untuk meluahkan perasaan mereka. Dengan bercakap anda juga boleh mengambil peluang ini untuk menonjolkan sifat ‘attractive’ seperti kebijaksanaan dan kualiti-kualiti lain yang lelaki suka (more about this di post akan datang).

Anda mesti pernah mendengar kat pepatah “Action speaks louder than words”. Betul, tetapi sampai bila anda boleh aktif ketika bersama dia. In the end, anda boleh mempamerkan kualiti dan juga ‘menjual’ diri anda kepada dia dengan bercakap (dengan berpada-pada).

3. Jadi Diri Anda Sendiri

Bunyinya ‘cliche’. paling tidak gemar memberi nasihat yang berbunyi begini tetapi agar senang diterima, maka gunakan je la

Dengan menjadi diri sendiri, tidak bermakna jika anda seorang yang pendiam, harus terus jadi diam dan jika anda seorang yang tidak ‘friendly’ akan terus dingin terhadap dia. Maksud jadi diri anda sendiri di sini adalah untuk menjadi tidak terlalu ‘fake’ dan tenang (dan natural) di dalam tindakan.

3 ini amat mudah dan adalah sesuatu yang boleh diangap ‘common sense’. Anda mungkin pernah mendengar ataupun mengetahui sendiri tips di atas, tetapi anda tidak melakukannya. Sesuatu ilmu itu hanyalah potensi sehingga ia digunakan barulah ia akan menjadi aktual. 




No comments: