JellyPages.com

Pages

Friday, April 29, 2011

GUSI PARAH KETIKA MEMBERUS

heheheh..bukan parah ye kawan-kawan..tapi kenapa kadang2 gusi kita berdarah sewaktu memberus gigi...

1) Berus Gigi



Berus gigi yang keras boleh menyebabkan gusi cedera dan berdarah. Jadi, gunakanlah berus gigi yang dilabelkan dengan 'soft' or 'medium' . Selain itu, tukarlah berus gigi anda setiap 3 bulan, kerana berus gigi yang baru akan memberikan kesan yang lebih efektif dalam menanggalkan plak berbanding yang telah lama dipakai dan juga kurang bakterianya.

2) Cara Memberus Gigi


Ada masalah gusi berdarah yang berpunca daripada teknik memberus gigi yang salah.Kita harus menggunakan teknik yang betul ketika memberus gigi.Pastikan menggosok dari bahagian pangkal gigi ke bahagian luar (dari gusi ke gigi).

3) Gigvitis/Gusi bengkak

Jika telah memilih berus gigi yang betul dan telah mengaplikasikan teknik menggosok gigi yang betul, tetapi gusi masih berdarah ketika memberus gigi, gigi mungkin mengalami gingivitis. Gingivitis adalah suatu masalah keradangan pada gusi yang boleh menyebabkan gusi berwarna kemerahan, bengkak dan berdarah ketika menggosok gigi.


p/s:Janagn lupa jumpa doktor gigi anda 3 bulan sekali ye..saya bukan lah doktor gigi,..tapi saja nak share info..heheheh...

kalau nak info lagi detail..sila la klik DISINI



















No comments: